Wahai Manusia! Sembahlah Allah Yang Maha Esa(Tunggal)


Katakanlah(wahai Muhammad):“(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”. (Surah Al-Ikhlas: 1-4)

Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam”. Padahal Al-Masih sendiri berkata:” Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim”. (Al-Maidah : 72)

Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan”. Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Al-Maidah : 73)

Tiadalah Al-Masih Ibni Maryam itu melainkan seorang Rasul yang telah terdahulu sebelumnya beberapa orang Rasul, dan ibunya seorang perempuan yang amat benar, mereka berdua adalah memakan makanan (seperti kamu juga). Lihatlah bagaimana kami jelaskan kepada mereka (ahli kitab itu) keterangan-keterangan (yang tegas yang menunjukkan kesesatan mereka), kemudian lihatlah bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsu mereka dari menerima kebenaran yang jelas nyata itu). (al-maidah : 75)


www.rightpath2u.blogspot.com
www.theoriginalpath.com
www.cantikdiri2u.blogspot.com
www.mypasardigital.blogspot.com

Masakan dan Makanan
Pakej Lengkap Video Bun, Pau Dan Pizza Style Hotel
Panduan Perniagaan Cupcake
Sensasi Kek Coklat
Rahsia Bisnes Kuih Raya
Rahsia Coklat Buatan Tangan Dengan Kos Minimum
Panduan Ekslusif Perniagaan Coklat Buatan Tangan
How To Open Your Restaurant in 8 weeks
Keunikan Biskut Raya
Pancing Chef / Pancing & Masak


Kecantikan Dan Kesihatan
Rahsia Jerawat Terbongkar Oleh Dr Hasseenah
Formula Diet Extreme - Kurangkan Berat Anda Sekarang
Jom Langsing
Jom Berhenti Merokok
Rahsia Diet Seimbang
Panduan Bekam
EmeBeauty - Produk Kecantikan dan Pelangsingan
Minyak Kelapa Dara Asli Oasis
101 Tips Hebat: Mencegah Saki Kepala


Pelaburan Dan Kewangan
Rahsia Menjana Wang Dengan Unit Trust
Ebook Pelaburan Hartanah Tanpa Modal
Rahsia Rumah Lelong - Pendapatan Lumayan Dengan....
Panduan Jual Beli Saham
Rahsia Unit Trust
Rahsia Dinar Emas
Rahsia Usahawan Emas













Monday, October 19, 2009

Panduan Penjagaan Kelapa Sawit




CARA-CARA MENANAM KELAPA SAWIT

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:Dipetik dari risalah Institiut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM), Kementerian Perusahaan Utama Malaysia, 1992


CARA-CARA MENANAM KELAPA SAWIT

PENDAHULUAN
Kelapa sawit sesuai ditanam di kawasan tanah yang gembur, tanah liat gembur dan tanah gambut (kurang dari satu meter dalam).
Tanah gambut (lebih satu meter dalam), tanah masam dan tanah paya adalah kurang sesuai bagi tanaman kelapa sawit. Walau bagaimanapun dengan pengurusan sistem pengairan dan pembajaan yang sempurna, jenis-jenis tanah ini boleh juga ditanam dengan kelapa sawit dengan jayanya.

PERLAKSANAAN KERJA
Kerja-kerja pembersihan, pembarisan dan penanaman kacang penutup bumi dikawasan ladang hendaklah disempurnakan sebelum menanam anak-anak pokok kelapa sawit.
Pembersihan: Kerja-kerja membersih ladang hendaklah mengambilkira kos bunuh dan jentera, keadaan tanah (curam atau rata), hutan atau kawasan tanam semula.
Adalah penting operasi pembersihan ladang dijalankan serentak dengan masa anak benih dapat diperolehi dari pembekal. Jika mempunyai tapak semaian sendiri, masa penyediaan ladang hendaklah disesuaikan dengan masa mengeluarkan anak benih yang telah cukup matang untuk ditanam diladang. Perancangan jadual kerja adalah amat mustahak untuk kejayaan penanaman diladang.

Pembarisan:
Barisan tanaman dibuat mengikut arah Utara-Selatan supaya pokok-pokok mendapat cahaya matahari yang maksima.

Kekacang penutup bumi:
Menanam kekacang penutup bumi dilakukan setelah kerja-kerja pembarisan selesai dilaksanakan. (Kawasan gambut tidak perlu tanam kekacang).

Penutup bumi adalah untuk:
Mengawal hakisan
Memperbaiki status zat pemakanan dalam tanah, khususnya Nitrogen
Memelihara kelembapan tanah

Tiga jenis kekacang penutup bumi yang biasa ditanam adalah:
Centrosema pubescens
Pueraria phaseoloides
Calopogonium mucunoides/caeruleum

Benih kekacang boleh dibeli dari pembekal-pembekal swasta manakala kompos rhizobium boleh dibeli di Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM).

Kaedah ringkas menanam kekacang penutup bumi adalah seperti berikut:
Umumnya campuran 10g kompos rhizobium dengan 10kg biji benih kekacang digunakan.
Campuran tersebut ditabur didalam jalur yang selari diantara 2 barisan pokok kelapa sawit.
Jarak diantara jalur-jalur adalah 2 meter.

Contoh kadar campuran biji benih kekacang adalah seperti berikut:-
Kekacang Kg/ha
Centrocema pubescens 4.0
Pueraria phaseoloides 1.1
Calopogonium caeruleum 0.6
Baja campuran N:P:K:Mg (15:15:6:4) digunakan sebagai baja asas dengan kadar 56 kg/hektar.
Tabur baja debu Fosfat (seperti CIRP) pada kadar 560 kg sehektar mengikut jadual berikut:
Umur Kekacang
Kadar Baja Debu Fosfat (kg/ha)
Semasa menanam (sepanjang jalur-jalur)
112
2 bulan
112
6 bulan
112
8 bulan
112
12 bulan
112

Pengawalan rumpai dan serangga perosak diperlukan dengan mengguna racun-racun yang sesuai jika hendak memperolehi tanaman kacang yang baik.

PenanamanPenanaman: Anak benih sawit yang telah berumur 12-15 bulan ditapak semaian adalah sesuai untuk ditanam.

Kaedah ringkas penanaman adalah seperti berikut:-
Lubang Tanaman disediakan 2-3 minggu sebelum menanam. Ukuran lubang mesti dilebihkan dari ukuran polibeg supaya penanaman mudah dijalankan. Tanah lapisan bawah dan lapisan atas diasingkan.
Taburkan 150g - 200g baja Fosfat didalam lubang.
Buangkan/Tanggalkan polibeg sebelum anak benih ditanam. Masukkan anak benih kedalam lubang yang telah disediakan.
Lubang dikambus dengan tanah lapisan atas dahulu dan diikuti dengan tanah lapisan bawah supaya buku-pangkal pokok berkeadaan sama rata dengan permukaan tanah.
Anak benih hendaklah berkeadaan tegak selepas ditanam.
Mampatkan tanah disekeliling pokok dengan tidak merosakan akarnya.
Masa menanam hendaklah pada musim hujan dan elakkan dari menanam pada musim kemarau.
Lazimnya, jarak tanaman yang dipilih adalah 9 meter tiga segi yang memberi 136 pokok pada 1 hektar. Kepadatan pokok sehektar dengan jarak tanaman yang berbeza adalah seperti jadual dibawah:

Jarak
Jumlah Pokok
Meter (Kaki)
Hektar (Ekar)

8.5 (28)
160 (65)
8.7 (29)
148 (60)
9.0 (30)
136 (55)

Sulam pokok-pokok yang mati apabila menjalani pemeriksaan sekurang-kurangnya 6 bulan selepas menanam.

Tanaman selinganTanaman selingan:
Kacang tanah, jagong dan lain-lain tanaman kontan atau sayur-sayuran boleh ditanam sebagai selingan dalam masa tiga tahun pertama selepas pokok sawit ditanam.
Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan tanaman selingan ialah:
Tanaman itu memberi keuntungan dalam masa tiga tahun.

Tanaman itu tidak memberi persaingan yang boleh menjejaskan
kesuburan pokok kelapa sawit dari segi zat-zat pemakanan, air dan cahaya matahari.
Ada pasaran atau mudah memasarkan hasil tanaman selingan itu.

Ternakan Ternakan :
Haiwan ternakan terutamanya kambing biri-biri mempunyai potensi yang baik untuk diternakkan diladang kelapa sawit. Disamping menambahkan hasil dari jualan ternakan, ia dapat juga mengurangkan kos pengawalan rumpai.


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :
Bahagian BiologiInstitut PenyelidikanMinyak Kelapa Sawit MalaysiaPeti Surat 10620,50720 Kuala Lumpur
Tel: 03-8259155/8259775
Teleks: MA 31609
Telefax: 03-8259446

links:
http://mpob.gov.my
http://pertanianmjg.perak.gov.my
http://kebunwarisan.blogspot.com
http://www.usahawantani.com

==========================================



Berita 2009
« Kembali

Ahmad Sidek Pekebun Kecil Cemerlang

Ahmad Sidek pekebun kecil cemerlang
Oleh Haryani Ngah
aryani@bharian.com.my


SELESA: Ahmad mampu memiliki rumah besar dan kenderaan mewah.

Prinsip berusaha tingkatkan hasil, berani guna teknologi, inovasi terkini kunci kejayaan

TERPAMPANG kata hikmat 'Sijaya mencari cara, Sikalah mencari alasan' sebaik tiba di pekarangan halaman kediaman Ahmad Sidek di Tebuk Berihun, Sabak Bernam, Selangor.

Kata-kata yang terpampang itu cukup untuk memberi gambaran kesungguhan Ahmad dalam mengusahakan kebun sawit bermula tanpa sebarang ilmu mengenai tanaman komoditi itu hingga berjaya meraih sebagai pekebun kecil sawit cemerlang dikalangan lebih 123,000 pekebun kecil sawit di seluruh negara.

Berbicara dengan Ahmad pula seolah-olah membuatkan seseorang itu berasakan seperti mengikuti kuliah atau ceramah pertanian kerana beliau seorang yang sangat berpengetahuan dengan kelapa sawit.

Semua yang dimiliki itu adalah berkat usahanya yang tidak pernah jemu dan malu untuk bertanya dan rajin belajar serta menganggap Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sebagai universiti buatnya menimba ilmu tanaman sawit.

Meraih gelaran Anugerah Pekebun Kecil Terbaik sempena Anugerah Industri Sawit 2005, Ahmad berpegang kepada prinsip dalam melaksanakan tugasnya untuk meningkatkan penghasilan kebun, sekali gus meningkatkan pendapatan.


PANDUAN: Ahmad sentiasa berbincang dengan pegawai MPOB.

“Penghasilan buah sawit kebun saya pada mulanya hanya lapan tan sehektar, tetapi kini saya berjaya meningkatkan penghasilan itu hingga melebihi 40 tan sehektar,” katanya.

“Prinsip untuk berusaha meningkatkan hasil kebun perlu ada kerana dengan hasil pengeluaran tinggi bukan saja meningkatkan pendapatan, malah mengurangkan kos.

“Inilah perkara yang tidak diberi perhatian kebanyakan pekebun kecil dan mereka lebih berminat mengetahui harga jualan semasa buah sawit dan minda mereka tidak tertumpu kepada usaha meningkatkan hasil.

“Sebagai pekebun, penentuan harga semasa sawit bukan kerja kita, sebaliknya kita sentiasa perlu memikirkan bagaimana meningkatkan hasil pengeluaran,” kata petani sejati itu.


KEBANGGAAN: Ahmad dan keluarga bersama piala dan anugerah pekebun sawit cemerlang 2005.

Ahmad yang kini memiliki kebun sawit seluas 14.21 hektar termasuk tanah milik sendiri 8 hektar, memulakan usaha penanam kelapa sawit tanpa sebarang ilmu dan maklumat amalan baik pertanian.

Beliau mula menanam sawit selepas membeli anak pokok sawit di Pertubuhan Peladang Kawasan di Sabak Bernam.

Bukan sesuatu yang mudah untuk memulakan usaha penanam sawit, apatah lagi ketika itu Sabak Bernam adalah kawasan penanam kelapa dan tanaman integrasinya koko.

Ketika mula menanam sawit, beliau mendapat banyak bantahan spekulasi yang didengar daripada penduduk kampung mempersoalkan bagaimana beliau hendak menjual buah sawit.

Termasuk juga ada pihak yang membawa parang ketika beliau mula menjalankan aktiviti membangunkan tanah kerana bagi mereka ia akan menyebabkan kerosakan tanah dan akan berlaku hakisan.

“Masa mula tanam sawit saya menanamnya di bawah pokok kelapa dan pada peringkat awal hasilnya lambat serta hasilnya tidak begitu tinggi,” katanya mengimbas kenangan awal membabitkan diri dalam pertanian itu.

Katanya, beliau menanam sawit selepas melihat kejatuhan harga koko dan berdasarkan pemerhatiannya masyarakat di Malaysia kurang gemar dengan minuman berasaskan koko dan lebih suka teh dan kopi.

“Pada peringkat awal, MPOB (PORIM ketika itu) tidak mempunyai unit pengembangan yang dapat memberi tunjuk ajar dalam penanam sawit.

“Saya bernasib baik kerana atas budi bicara dua orang pegawai, iaitu Mazli Eswa dan Hasnol Othman sudi membantu dan lebih membanggakan mereka sudi masuk ke ladang untuk memberi nasihat pada awal 1990-an. Hubungan baik dengan mereka diterus sehingga sekarang.

“Apa saja teknologi terbaru atau perkembangan terkini sawit mereka akan maklumkan kepada saya,” kata bapa kepada empat orang anak itu.

Menjelaskan bagaimana kebunnya terpilih untuk dijadikan Petak Demonstrasi MPOB, Ahmad berkata, pada peringkat awal Petak Demonstrasi dibuat pekebun lain, tetapi peserta yang dipilih itu tidak mengikut arahan pegawai MPOB dan projeknya tidak menyerlah.

Melihat kepada kegagalan projek itu, beliau menawarkan diri untuk diberi peluang menjadikan kebunnya sebagai Petak Demo. Ketika ini, saya diberi tunjuk ajar satu persatu mengenai amalan baik yang perlu dilakukan oleh pegawai MPOB.

Apa yang utama dalam penanaman sawit ini ialah pemilihan anak benih bermutu, penyediaan kebun dengan jarak tanaman yang sesuai, pembajaan, penjagaan seperti merumpai, pemotongan pelepah dan penuaian buah masak adalah sangat penting.

Menceritakan kejayaannya dalam mengusahakan ladang sawit, Ahmad berkata, selain usaha, beliau bertuah kerana tanah jenis Beria dan Liat Pantai di Sabak Bernam adalah jenis tanah yang subur.

Di samping itu kejayaan tidak terhasil tanpa usaha, disiplin serta sikapnya yang suka belajar. Beliau bernasib baik kerana berkesempatan dan mengambil peluang menghadiri setiap kursus, seminar berkaitan sawit anjuran sama ada MPOB, Jabatan Pertanian dan Universiti.

“Saya juga melakukan rekod ladang membabitkan kos dan hasil. Ini kerana tanpa rekod seseorang pekebun kecil itu tidak tahu prestasi ladang dan dengan rekod itu juga mereka dapat melihat keuntungan sebenar.

“Sebagai perunding persendirian, saya mendapati kebanyakan pekebun kecil tidak melakukan rekod hasil dan kos. Perkara ini sekali gus menyebabkan berlaku kerumitan dalam menilai prestasi ladang,” katanya.

Di samping itu, peningkatan harga baja menyebabkan ada dikalangan pekebun kecil tidak meletakkan baja pada pokok dan ia menyebabkan hasil yang tuai berkurangan.

Sedangkan konsep itu tidak benar kerana walaupun harga baja meningkat tetapi dengan buku rekod mereka mampu mencatat keuntungan selesa.

Selain itu pemilihan benih perlu berkualiti dan untuk mendapat benih berkualiti ia boleh diperoleh menerusi khidmat nasihat MPOB yang akan mencadangkan benih yang bersesuaian dengan tapak semaian serta cara penanam.

Masa pembajaan serta kadar dan jenis baja bersesuaian dengan tanah dan memahami kandungan baja itu sendiri perlu diketahui oleh pekebun kecil kerana ia dapat menentukan hasil sawit.

Pekebun kecil juga perlu melakukan kerja pembangunan kebun secara terancang dari segi perairan, perparitan dan sebagainya mengikut bentuk muka bumi ladang.

Analisis hasil perlu dilakukan kerana di situ pekebun akan dapat melihat berapa kos dan keuntungan sebenar. Analisis hasil juga dapat menjadi pendorong kepada pekebun untuk berusaha lebih gigih bagi meningkatkan lagi hasil.

Bergelar petani moden kerana berani menggunakan teknologi dan inovasi terkini yang diperkenalkan oleh MPOB dan agensi lain seperti PeladangTech Sdn Bhd, Ahmad menjadi contoh pekebun yang baik dengan kebun sawit yang bersih, tersusun dan terjaga rapi.

Malah sesiapa saja yang ke Tebuk Berihun akan melihat perbezaan ladang milik Ahmad dengan pekebun lain.

Jika pada awal pembabitannya pada sekitar tahun 1980an, Ahmad terpaksa menunggu sehingga empat tahun untuk menuai hasil, kini dia sekadar mengambil masa singkat iaitu hanya dua tahun untuk mendapatkan hasil.

Ladangnya mampu menghasilkan sehingga 41.6 tan sehektar setahun dan mengeluarkan 27 tandan buah. Malah ladangnya juga pernah merekod catatan hasil sebanyak 48 tan sehektar setahun pada 2006 sedangkan purata hasil sawit adakah sekitar 19 hektar setahun.

Hasil ladang yang meningkat kali ganda itu menjadikan hidup Ahmad selesa dengan pendapatan lumayan.

“Sasaran saya adalah untuk menghasilkan 50 tan sehektar setahun dan sekiranya lebih ia adalah satu bonus,” katanya yang juga Kelab 30 Tan.

Kelab 30 Tan ditubuhkan pada 1993 itu ialah hasil inovasi MPOB bagi menggalakkan pekebun kecil mencapai kecemerlangan, berilmu dan dinamik melalui menerima pakai pakej pemindahan teknologi dan inovasi baru.

Pekebun kecil yang menyertai kelab itu akan berpeluang mendapat tunjuk ajar dan nasihat Pegawai MPOB dari Pusat Tunjuk Ajar dan Nasihat Sawit (TUNAS) dalam hal pengurusan dan penyelenggaraan kebun sawit melalui penggunaan inovasi dan teknologi terkini.

“Sebagai seorang pekebun kecil, seseorang itu perlu memikirkan bagaimana untuk meningkatkan hasil dan bukan memberi tumpuan membesarkan ladang.

“Tidak ada gunanya ladang besar tetapi hasil kurang,” katanya mengakhiri perbualan.



==========================================
Suka Duka Pekebun Kecil Kelapa Sawit Pulau Sebatik

Oleh Nashir Mansor

TAWAU, 29 Julai (Bernama) -- Tujuh belas tahun lalu, Affandi S. Mohd, 39, tekad membuka tanah milik keluarganya seluas 18 hektar di Kg Sungai Haji Kuning, Pulau Sebatik, dengan tanaman pokok kelapa sawit.

Meskipun keraguan petani lain ketika itu mengenai potensi tanaman komersil di pulau yang serba serbi mundur dari segi infrastruktur asas amat menebal namun semangat pemuda berdarah campuran Cina dan Arab, yang berumur 22 tahun ketika itu, tidak sedikitpun goyah untuk meneruskan hasratnya menjadi petani jaya.

Bermodalkan RM15,000 yang dikumpul bertahun-tahun hasil pekerjaannya sebagai pemborong koko sebaik menamatkan persekolahan di tingkatan lima, Affandi mengerah tulang empat keratnya bagi menjayakan cita-citanya itu.

Kini segala penat jerihnya menanam dan menjaga pokok kelapa sawitnya sudah berbaloi apabila dia mampu meraih hasil jualan buah kelapa sawit sehingga mencecah kira-kira RM105,000 sebulan.

Bukan itu sahaja, Affandi berjaya menambahkan keluasan tanaman pokok kelapa sawitnya kepada 46.5 hektar dengan 28 hektar daripadanya sudah mengeluarkan hasil sehingga 150 tan sebulan.

MENJANA EKONOMI

Penat jerih serta kejayaan Affandi sedikit demi sedikit mengubah persepsi penduduk Pulau Sebatik terhadap potensi pokok kelapa sawit dibangunkan di pulau itu dan mula mengikuti langkah Affandi, bapa kepada empat orang anak.

Malah syarikat-syarikat perladangan juga telah membuka ladang kelapa sawit mereka di pulau berkenaan dan sektor ini dijangka mampu menjana ekonomi penduduk Pulau Sebatik seterusnya mengubah imej pulau berkenaan.

Kini Pulau Sebatik mampu mengeluarkan kira-kira 6,000 tan metrik buah kelapa sawit sebulan tidak termasuk 500 tan metrik keluaran pekebun kecil di pulau berkenaan.

Bagaimanapun, kejayaan yang dikecapi pekebun kecil seperti Affandi tidak datang bergolek kerana mereka terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dari mula proses menanam, penjagaan, sehingga pokok kelapa sawitnya berbuah.

"Selepas menamatkan pengajian hingga peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)di SMK Tawau pada tahun 1985, saya mula menjadi pemborong buah koko dan pada masa yang sama membantu mengusahakan kebun koko ayah saya.

BUKAN MUDAH MENANAM

"Hasil daripada pengalaman berkenaan dan atas dorongan rakan-rakan serta bantuan yang diterima daripada Jabatan Pertanian, saya menguatkan tekad dan terus membuka kebun kelapa sawit.

"Malah saya merupakan antara petani terawal di Pulau Sebatik membuka kebun kelapa sawit," kata Affandi menceritakan pengalaman awalnya menceburi bidang penanaman kelapa sawit di pulau daif itu kepada Bernama yang ketika itu sibuk memantau pekerjanya memunggah buah kelapa sawit dari dalam jongkong di jeti pendaratan hasil pertanian Pulau Sebatik yang dikenali masyarakat di sini sebagai "Batu" di Tawau.

Menurut Affandi bukan mudah bagi pekebun kecil di pulau berkenaan untuk menanam dan mengusahakan kebun kelapa sawit kerana Pulau Sebatik ketika itu masih serba kekurangan dari segi infrastruktur.

Pada ketika itu, katanya, petani bergantung penuh kepada air hujan dan telaga untuk mendapatkan sumber air dan jika dalam tempoh seminggu tidak hujan ada antara petani terpaksa mendapatkan bekalan air dari Tawau.

"Pekerja saya pun ada yang meninggalkan pulau berkenaan kerana tidak tahan mandi dengan air telaga setiap hari," kata Affandi.

JALAN RAYA DAN GENERATOR

Sumber bekalan elektrik pula adalah daripada generator manakala sistem jalan rayanya tidak seperti hari ini amat daif sehingga basikal pun sukar melaluinya.

Seorang lagi pekebun kecil, Karim Abdullah, 54, berkata pekebun kecil di pulau itu terpaksa membeli benih kelapa sawit serta kemudahan lain seperti baja, racun serta peralatan kebun dari Tawau.

Menurut Karim, selain kos membeli benih, racun dan baja, petani juga terpaksa mengeluarkan kos tambahan bagi membiayai kos membawa keperluan berkenaan menggunakan bot yang mengambil masa kira-kira 30 minit dari Tawau ke Pulau Sebatik.

Kini, selepas banyak kebun kelapa sawit mengeluarkan hasil, cabaran lain pula timbul iaitu kelapa sawit terpaksa diangkut menyeberangi Selat Cowie ke kilang-kilang di Tawau untuk diproses memandangkan kemudahan seperti itu belum ada di pulau berkenaan.

Akibatnya ada antara buah kelapa sawit yang dikutip hanya tiba di kilang pemprosesan di Tawau dalam tempoh antara tiga hingga empat hari selepas dituai disebabkan masalah pengangkutan.

JONGKONG

"Kami terpaksa membawa keluaran kelapa sawit kami ke Tawau menggunakan jongkong yang berkapasiti maksimum antara lima hingga enam tan metrik untuk diproses kerana di Pulau Sebatik sendiri belum mempunyai kilang," katanya.

Affandi berkata, bagi memunggah buah kelapa sawit keluar dari jongkong untuk dimuatkan ke dalam lori sebelum dibawa ke kilang biasanya memerlukan masa antara dua hingga tiga jam kerana semuanya terpaksa dilakukan menggunakan tenaga manusia manakala upah buruh memunggah buah kelapa sawit ialah RM25 satu tan manakala sewa lori pula ialah RM30 satu tan.

"Keadaan ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan kualiti buah kerana selepas dua hari buah kelapa sawit dipetik dan tidak diproses ia tidak lagi dianggap sebagai buah segar," katanya.

Karim pula berkata ramai pekebun kecil di pulau berkenaan terpaksa menjual buah kelapa sawit mereka kepada pemborong biasanya pada harga RM400 satu tan meskipun harga pasarannya ialah RM700 satu tan dan berharap sebuah kilang memproses dibina di pulau itu.

"Saya memang amat bersetuju dengan jika sebuah kilang memproses kelapa sawit didirikan di Pulau Sebatik supaya ia boleh diproses di pulau itu sendiri tanpa perlu diangkut ke Tawau.

PEROLEHAN LUMAYAN

"Melalui cara ini, pendapatan pekebun kecil boleh ditingkatkan," kata Karim yang kini mengusahakan 15 hektar kebun kelapa sawit di pulau itu dengan lima hektar daripadanya sudah mengeluarkan hasil.

Menurutnya, walaupun sudah ada ura-ura sebuah syarikat untuk membina kilang memproses buah kelapa sawit di Pulau Sebatik namun perkara itu belum jelas bila akan menjadi kenyataan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sebatik, Abd Muis Picho berkata beliau menyedari kesukaran yang dihadapi bukan sahaja oleh pekebun kecil malah pihak ladang di Pulau Sebatik terutama dalam konteks pemprosesan.

Katanya, memang ada sebuah syarikat berminat mendirikan kilang memproses buah kelapa sawit di pulau itu dan menganggap langkah itu amat wajar serta sedia memberi apa juga bentuk bantuan yang diperlukan bagi memastikan cadangan berkenaan dapat direalisasikan.

"Saya dimaklumkan kilang yang dicadang dibina oleh sebuah syarikat swasta itu ada masalah berhubung dengan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA). Bagaimanapun, saya sedia membantu pihak syarikat berkenaan setakat yang termampu jika diperlukan," katanya.

Bagi Affandi dan Karim, walaupun pelbagai kesukaran terpaksa dihadapi namun mereka menyifatkan kesukaran itu berbaloi dengan perolehan yang lumayan.

Malah bagi Affandi, hasil kelapa sawit telah membuka peluang perniagaannya kepada sektor lain. Kini, selain menjadi pekebun kelapa sawit dia juga merupakan pengedar tunggal untuk 150 tong gas memasak petronas serta barang-barangan kawalan seperti gula, beras dan tepung kepada penduduk kampung di pulau berkenaan.

Bagi Karim pula, pelaburannya dalam sektor penanaman kelapa sawit merupakan sebahagian daripada perancangan masa depannya selepas beliau bersara sebagai kakitangan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) kelak.

-- BERNAMA





=========================================

PENJAGAAN LADANG KELAPA SAWIT

Penjagaan ladang kelapa sawit terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:



a) Kelapa sawit belum matang.

b) Kelapa sawit matang.



Kelapa sawit belum matang.



1. Pengurusan Rumpai

Tujuan
  • Menjayakan kekacang tutup bumi
  • Menghalang penyakit dan serangga.
  • Mengurangkan hakisan.
  • Mengelakkan persaingan nutrien dan cahaya
  • Minima 50% kawasan ladang diliputi kekacang dan mengurangkan pertumbuhan rumpai tak berfaedah.

a) Meracun bulatan & lorong.

Objektif

  • Membasmi semua rumpai di kawasan kanopi pokok bagi menghalang kekacang dari menyelimuti pokok dan mengurangkan persaingan mendapatkan nutrien serta cahaya.

Kaedah

  • Penggunaan pam CKS.
  • Herbicide yang betul.

Kekerapan

  • Setiap 45 hari bagi pokok berumur <>12<36>
  • Elakkan racun sistemik

b) Meracun selektif

Objektif
  • Membasmi semua rumpai/anak kayu yang tak berfaedah yang menghalang / menyaingi tumbesaran tanaman utama.

Kaedah


  • Pam CKS 18 liter air + 6 gm Ally bagi anak kayu tingginya<>
  • Wiping (1 liter Melasma/garlon/cowboy +18 liter diesel) disapu pada batang anak kayu yang tingginya >3 kaki.

Kekerapan

  • Setiap 45 hari bagi pokok berumur <>12<36.>

c) Meracun Lalang dan VOPS.


Objektif

  • Menghapuskan lalang

Kaedah

  • Glyphosate (lalang)
  • Paraquat (VOPS)


Kekerapan



  • 2 pusingan setahun


2. Jalan dan Jambatan

Objektif

  • Menyediakan laluan kekawasan ladang untuk memudahkan kerja, penanaman,penyulaman, penyelenggaraan ,pembajaan dan lain-lain.


Kaedah Pengurusan

  • Main road hendaklah ditambak laterite/ batu terlebih dahulu.
  • Kerja pembaikan jalan hanya tertumpu dikawasan yang perlu sahaja seperti di kawasan tanah runtuh dan lain-lain.
  • Pastikan tiada lopak /lubang air bertakung diatas jalan .
  • Parit sisi jalan hendaklah dibina dikawasan yang perlu untuk mengalirkan air keluar terutamanya pada musim hujan.

3. Pengurusan Saliran.

Tujuan

  • Bagi mempastikan kawasan tanaman bebas dari ditakungi oleh air terutamanya pada musim hujan dan boleh menakung air pada musim kemarau.(bagi mengekalkan lembapan.

Kaedah

  • Bersihkan parit dari benda asing.

Kekerapan


  • Dilakukan pada musim kemarau.
  • Apabila perlu sahaja.

4. Tanah Dan Pemuliharaan


Objektif


  • Mempastikan semua kawasan ladang boleh digunakan untuk tanaman utama bagi memaksimakan dirian pokok.

Kaedah



  • Mengenalpasti kawasan yang bermasalah untuk penanaman tanaman utama dan mengambil langkah yang perlu seperti membina “platform” ataupun “bund”


5. Sempadan, Pagar & Ukur



Objektif

  • Mengenalpasti keluasan ladang yang sebenar meliputi sempadan utama, blok,task, jalan , parit,sungai dan kawasan yang tidak sesuai untuk ditanam disamping mengelakkan daripada bertindih dengan kawasan yang bukan milik ladang.
  • Memudahkan kerja pengurusan,penyeliaan dan penyediaan anggaran tahunan yang lebih efisyen.
Kaedah



  • Perimeter survey,ukur sempadan menggunakan kaedah manual(terabas) ataupun digital(G.P.S)



6. Banci/ Sulam



Objektif



  • Mengenalpasti dan memaksimakan dirian sebenar tanaman utama (sehektar) dan melakukan sulaman ataupun gantian dikawasan yang perlu .

Kaedah



  • Sulam setiap point yang kosong .
  • Apabila terdapat pokok yang tidak menunjukkan perkembangan yang baik.

Kekerapan

  • Apabila terdapat point kosong

7. Pemangkasan (pruning)

Objektif

  • Memaksimakan bilangan pelepah dan daun untuk proses penghasilan makanan pokok.
  • Mempastikan kawasan disekeliling bulatan pangkal pokok bersih dari pelepah kering/mati(sanitation)
  • Mengurangkan risiko perosak tanaman (tikus)
Kaedah

  • Memangkas hanya pelepah kering pada tahun ke 3 usia pokok.• Bendasing disekeliling pangkal pokok hendaklah dibersihkan.
8. Musuh dan Penyakit (Pest & Disease)

Objektif

  • Meminimakan musuh perosak dari merosakkan tanaman utama (Khinzir,Gajah,landak ,tikus)
  • Meminimakan serangan penyakit.
Kaedah


  • Pagar elektrik, Parit gajah , rondaan dan kawalan.
  • 'Rat baiting' hendaklah dilakukan dalam tempoh 3-6 bulan selepas penanaman.
9. Pembajaan

Objektif

  • Membekalkan nutrien untuk tanaman utama.

Kaedah

  • Menabur disekeliling pangkal pokok mengikut kanopi secara manual.(Broadcast)
  • Subsoil (baja poket)
  • Baja cecair(Foliar)
  • EFB mulching


10. Penyelidikan

Objektif
  • Mengenalpasti dengan lebih tepat jenis nutrien yang diperlukan oleh pokok

Kaedah
  • Mengikut manual pembajaan yang telah ditetapkan


========================================================

TEKNIK MENGAWAL RUMPAI SAWIT

(PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH)

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH





PENDAHULUAN

  • Mengawal rumpai adalah salah satu aktiviti agronomi yang penting dalam penanaman sawit. Ia dilakukan bagi mengelakkan persaingan supaya tanaman sawit hidup subur dan produktif.
  • Rumpai bersaing untuk mendapatkan sumber nutrien, air, cahaya dan ruang.
  • Persaingan mengganggu tumbesaran pokok, melewatkan proses kematangan serta mengurangkan pengeluaran buah tandan segar.
  • Kos kawalan rumpai merupakan kos kedua tertinggi selepas pembajaan 17 – 27% daripada keseluruhan kos operasi.




  • Kehadiran rumpai menyukarkan aktiviti perladangan seperti penuaian BTS, pemungutan buah relai, pengangkutan BTS, pembajaan dan penyeliaan ladang.

    - Rumpai menjadi perumah sementara bagi serangga perosak, penyakit dan persembunyian binatang kecil.
    Penggunaan racun rumpai secara berleluasa pada peringkat muda boleh menjadikan pertumbuhan tanaman sawit tidak normal.




JENIS RUMPAI

- Bagi memperoleh strategi kawalan rumpai yang berkesan pengelasan rumpai adalah perlu.

- Pengelasan rumpai dibuat berdasarkan gabungan bentuk morfologi daun dan ciri pertumbuhan.

  • 4 kumpulan utama seperti berikut:

i. Jenis Rumput

- Daun berbentuk tirus, memanjang serta urat daunnya selari.

- Biasanya membiak melalui biji benih yang banyak dan disebar melalui angin, haiwan dan aktiviti manusia.





- Ada juga membiak menerusi bahagian tampang seperti stolon, rizom, pecahan
rumpun dan umbisi

- Antara spesies rumpai yang memberi persaingan hebat kepada tanaman sawit ialah
Imperata cylindrica (lalang), Ischaemum muticum (rumput dawai) dan Pennisetum
polystachion
(rumput gajah).





ii) Jenis Menjalar
- Daun lebar dan urat daun berbentuk jaring.
- Batang yang lembut dan kecil serta tumbuh menjalar dan
merayap dipermukaan tanah, memanjat tunggul kayu
mati atau batang pokok yang masih hidup.
- Pembiakan utama melalui biji benih.
- Tunas pada setiap ruas boleh menghasilkan pokok baru
apabila bersentuh/tertimbus dengan tanah yang lembap.
- Contoh:
Mikania micrantha (selaput tunggu), Passiflora
foetida
(timun padang).
- Tanaman penutup bumi boleh menjejaskan pertumbuhan
pokok sawit dengan memanjat dan menutupi
keseluruhan permukaan pelepah sawit jika tidak diurus
dengan baik.





iii) Jenis Renek

  • Tumbuh merimbun, besar dan mempunyai banyak ranting kecil.
  • Sesetengah mempunyai batang yang keras, ada juga berbatang lembut.
  • Pembiakan utama melalui biji benih, tunas pada setiap ruas menghasilkan pokok baru apabila bersentuh dan tertimbus dengan tanah yang lembap.
  • Contoh: Asystasia intrusa (akar ruas) Chromolaena odorata (pokok kapal terbang), Melastoma malabathricum (senduduk) dan Clidemia hirta (senduduk bulu).




iv) Paku-pakis dan resam
- Pakis dan resam sering kelihatan tumbuh di atas
tanah yang kurang subur.
- Mempunyai sistem perakaran yang cetek dan tidak
memberi persaingan serius kepada tanaman sawit.
- Sering terdapat di kawasan sawit matang dan
sesetengahnya hidup secara epifit pada batang sawit.
- Pembiakan utama melalui spora yang terdapat di bawah
permukaan daun dan melalui rizom.
- Contoh:
Nephrolepis bisserata (paku larat), Stenochlaena
palustris
(paku rawan), Dicranopteris linearis (resam)
dan
Lygodium lexuosum (ribu-ribu gajah).





Kaedah Kawalan Rumpai

    4 kaedah kawalan yang boleh dilaksanakan di kawasan tanaman sawit dan pemilihannya boleh dilakukan secara individu atau integrasi pelbagai kaedah.

    i. Kultur

    - Melibatkan amalan pertanian seperti sungkupan di sekeliling pangkal pokok, menanam tanaman kontan atau kekacang penutup bumi.

    - Bahan yang biasa digunakan sebagai sungkupan ialah tandan sawit kosong atau racikan batang sawit tua yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok.

    - Teknik sungkupan menggunakan helaian plastik hitam, guni plastik baja yang kosong boleh digunakan sebagai bahan sungkupan.





  • Mekanikal

    - Kaedah mekanikal mudah dilakukan melibatkan
    penggunaan peralatan seperti cangkul, sabit, tajak,
    parang, mesin pemotong rumput dan alat pembajakan
    tanah.

    iii) Biologikal

    - Melibatkan penggunaan spesis organisma hidup seperti
    serangga, kulat, bakteria, parasit dan integrasi dengan
    haiwan ternakan.
    - Ternakan lembu secara integrasi.





  • Kimia

    Kaedah kawalan rumpai yang digunakan secara meluas.

    Menggunakan racun rumpai yang disembur dengan alat penyembur tertentu

    Kaedah ini berkesan untuk kawalan rumpai dan tempoh agak panjang .

    Penggunaan racun rumpai memerlukan pengawasan yang betul supaya berkesan.





RACUN RUMPAI BAGI KAWASAN TANAMAN SAWIT MUDA





Kawasan Sawit Matang

  • Tanaman sawit mula membesar, kanopinya mula bersentuh antara satu masa lain. Jumlah cahaya matahari yang melepasi permukaan tanah akan berkurangan.
  • Keadaan ini menyebabkan tanaman kekacang penutup bumi mula pupus secara semula jadi.
  • Habitat pertumbuhan bertukar dengan rumpai yang tahan naungan di kawasan tanaman sawit.
  • Jika tiada program kawasan yang baik rumpai akan membesar dan bersaing dengan tanaman sawit dan menyukarkan aktiviti harian ladang.
  • Pengawalan rumpai terlalu intensif menyebabkan permukaan tanah terdedah kepada proses hakisan.




  • Kawalan rumpai biasanya dilakukan dengan semburan
    racun rumpai supaya kawalan lebih dalam jangka masa
    panjang.

    - Strategi kawalan rumpai perlu bijak dan sistematik supaya
    pokok sawit membesar dengan baik dan menjadi lebih
    produktif.

    - Kawalan rumpai secara integrasi dengan haiwan ternakan
    boleh dilakukan tetapi masih memerlukan semburan racun
    rumpai kerana tidak semua rumpai dimakan oleh haiwan
    ternakan.


Kawasan Sawit Matang ( smbg )





Pembersihan Di Keliling Pangkal Pokok Dan Lorong Tuaian

  • Kawasan bulatan bersaiz 4m garis pusat di keliling pangkal pokok dan lorong tuaian selebar 1.8m perlu bebas daripada rumpai bagi memudahkan kerja membaja, pengambilan nutrien oleh pokok, penuaian buah tandan masak dan memungut buah relai.




  • Campuran Racun Rumpai untuk kawalan rumpai untuk kawalan rumpai di sekeliling pangkal pokok sawit matang dan lorong tuaian buah sawit.




RACUN RUMPAI UNTUK KAWALAN RUMPAI TERPILIH





Panduan Keseluruhan
Penggunaan Racun Rumpai

  • Sebelum menyediakan bancuhan racun:

    i) Baca arahan pada label

    ii) Pastikan alat penyembur racun

    berkeadaan baik

  • Sewaktu menyediakan bancuhan racun:

    i) Pakai sarung tangan getah

    ii) Gunakan kayu yang bersih untuk mengacau

    bancuhan racun

    iii) Jangan membancuh racun dalam bekas atas

    peralatan yang digunakan seharian di rumah.





  • Sewaktu Menyembur Racun

    i) Memakai pakaian keselamatan dan alat pelindung diri
    ii) Elakkan menyembur kawasan berdekatan sumber air
    yang masih digunakan.
    iii) Jangan makan,minum, merokok sambil menyembur
    racun.
    iv) Jangan menyembur racun bertentangan dengan arah
    tiupan angin.





D. Selepas Meracun:

i) Bersihkan alat semburan dan peralatan dan simpan ditempat selamat.
ii) Bersihkan segera bahagian badan dan pakaian yang terkena racun dengan sabun dan air.
iii) Sekiranya berasa pening dan muntah,

segera berjumpa doktor untuk rawatan

sewajarnya





Sekian Terima Kasih

RUJUKAN : Buku Perusahaan Sawit Di Malaysia ( MPOB )






=============================


MODUL TEKNOLOGI

PEMBAJAAN

SAWIT MUDA DAN

SAWIT MATANG

(PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH)

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH





2

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

TUJUAN

  • Pembajaan adalah proses pembekalan nutrien secara seimbang kepada tanaman untuk keperluan tumbesaran dan pengeluaran hasil
  • Dengan cara ini tanaman sawit akan tumbuh dengan subur dan mengeluarkan hasil yang optimum.




3

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

PROSES PEMBAJAAN MELIBATKAN BEBERAPA PERINGKAT:-

  • Penentuan jenis baja
  • Jumlah baja
  • Pembelian
  • Penyimpanan
  • Membaja di ladang

Nutrien dalam baja mestilah mencukupi untuk

Mengeluarkan hasil yang menguntungkan tanpa

Pembaziran.





4

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

PENENTUAN KADAR BAJA BERGANTUNG PADA :

  • Jenis tanah
  • Faktor alam sekitar
  • Faktor ekonomi

Pemuliharaan tanah sangat penting :

  • Mengelakkan kehilangan nutrien dan bahan organik
  • Pengurusan tanah dan air yang baik boleh mengurangkan hakisan, mengekalkan kelembapan tanah nutrien oleh pokok.




5

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

JENIS BAJA

  • Nutrien utama yang diperlukan oleh pokok sawit untuk tumbesaran dan pengeluaran hasil ialah nitrogen (N), fosfat (P) dan kalium (K).
  • Bergantung pada jenis tanah tertentu pokok sawit, juga memerlukan nutrien sekunder magnesium (Mg) dan unsur surih iaitu boron (B), zink (Zn) dan Kuprum (Cu).




6

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

  • Nutrien boleh didapati daripada bahan organik dan baja kimia
  • Bekalan baja organik adalah terhad dan lebih mahal.
  • Baja kimia lebih banyak digunakan dalam perladangan sawit.




7

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

BAJA NITROGEN (N)

  • Nutrien N – unsur penting untuk pertumbuhan pokok.
  • Untuk membentuk klorofil yang memberi warna hijau pada daun
  • Untuk membentuk sel protoplasma pada pokok yang mengandungi protein, asid amino, amide dan alkoloid
  • Dapat meningkatkan pengeluaran buah tandan segar
  • Kekurangan menyebabkan warna daun kekuningan dan tumbesaran pokok terencat




8

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

  • Keperluannya untuk perkembangan akar dan membentuk asid nukleik.
  • Kekurangan unsur P menyebabkan :

- Pokok menirus ke atas

- Pelepah menjadi pendek

- Pengeluaran hasil menurun

- Penyerapan unsur N kurang cekap

- Melambatkan buah masak

BAJA FOSFAT (P)





9

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

Baja Kalium (K)

  • Diperlukan untuk kesuburan, pengeluaran bunga dan buah.
  • Unsur K yang berlebihan menyebabkan penurunan nutrien Mg dalam daun
  • Pembajaan K dengan kadar yang berpatutan dan tidak berlebihan memberi pulangan yang maksimum.
  • Kekurangan menyebabkan bintik-bintik oren pada pelepah-pelepah daun





10

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

Baja Magnesium(Mg)

  • Perlu untuk membentuk klorofil bersama unsur Nitrogen.

  • Membantu kesuburan pokok kerana berkait rapat dengan proses fotosintesis.

  • Kekurangan akan menyebabkan daun berwarna kekuningan atau jingga terutama




11

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

Nutrien Sekunder dan Unsur Surih

  • Terdiri daripada Sulfur ( S ), Boron ( B ), Zink ( Zn ) dan Kupram ( Cu ).
  • Nutrien S mencukupi untuk pemakanan pokok kerana terdapat di dalam semua jenis tahah
  • Nutrien Zn dan Cu sebagai nutrien tambahan untuk kawasan tanah gambut
  • Nutrien B sebagai nutrien tambahan yang amat penting terutama di tanah yang kurang subur akibat hakisan
  • Semua unsur ini diperlukan dalam jumlah yang sedikit untuk tumbesaran dan pengeluaran hasil.
  • Kekurangan nutrien Boron ( B ) akan menyebabkan daun melengkung dan bercangkung pada bahagian hujungnya.




12

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

Kawasan Pembubuhan Baja

  • Keberkesanan penyerapan nutrien dipengaruhi tempat meletakkan baja dan umur pokok.
  • Sebahagian besar taburan akar pemakanan pokok sawit hampir sama dengan kawasan yang diliputi kanopi pokok.
  • Akar lebih banyak di hujung sadir daun dan di bawah susunan pelepah.
  • Membubuh baja di kawasan ini sangat munasabah untuk memudahkan pengamatan dan penyeliaan.




13

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

Pokok sawit berumur 5 tahun mempunyai akar yang panjang dan berselirat diseluruh kawasan

  • Tidak ada tempat khusus untuk meletakkan baja

( mengikut manual Golden Hope : Letakkan baja 0.6 meter dari pangkal pokok )

  • Jika baja N dan K ditabur secara serakan kehilangan melalui larut resap dapat dikurangkan kerana baja bertembung dengan lebih banyak akar yang boleh menyerap nutrien/
  • Baja P dan K lebih berkesan ditabur atas susunan pelepah atau antara lorong tanaman berbanding dengan kawasan bulatan merumpai kerana kawasan tersebut kurang hakisan dan lebih lembap.




14

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

Syor Kaedah Membaja

  • Pokok muda (1-2 tahun) penyerapan baja terbaik apabila ditabur di kawasan bulatan merumpai.
  • Pokok (3-5 tahun) pengambilan yang cekap apabila baja ditabur dalam bulatan merumpai di hujung sadur daun di mana terdapat akar pemakanan yang aktif. ( 0.6 m – 1.2 m )
  • Pokok sawit matang kanopi daun telah bertindih dan akar telah menjalar jauh, oleh itu baja boleh ditabur di kawasan yang lebih luas termasuk lorong antara pokok dan kawasan meletakkan pelepah.
  • Elakkan pembajaan di lorong menuai kerana tanahnya telah padat dan terdedah pada hakisan.




15

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

Kekerapan Membaja

  • Kekerapan membaja ialah ulangan membaja untuk satu jenis baja dalam setahun.
  • Penyerapan baja lebih berkesan dengan meningkatkan kekurangan membaja.
  • Membaja akan kurang berkesan jika dilakukan pada musim hujan lebat.
  • Penggunaan baja sebatian yang lengkap memerlukan pembajaan 2 atau 3 kali setahun.




16

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

Kaedah Pembajaan lain

  • Kaedah lain pembajaan adalah menggali beberapa lubang di keliling pokok untuk dimasukkan baja campuran atau sebatian dan dikambus kembali.
  • Kaedah ini dapat mengurangkan kehilangan baja oleh hakisan terutama di kawasan berikut:-
  • Ia dapat mengurangkan kekerapan pembajaan kerana pembajaan dilakukan hanya sekali setahun.




17

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

Cara meningkatkan kecekapan Pembajaan

Amalan berikut perlu dilaksanakan di ladang

Sawit:-

  • Menentukan kekacang penutup bumi tumbuh dengan baik semasa pokok muda.
  • Mengamalkan sungkupan dan kitaran semula biojisim pokok sawit.
  • Menentukan ladang bebas daripada rumpai parasit dan pokok renek. Rumpai lembut seperti pakis dan rumput tumbuh dalam lingkungan 10% - 20% untuk menjaga kelembapan tanah dan mengurangkan kadar hakisan tanah.
  • Kawasan beralun dengan kecerunan sederhana perlu sistem perparitan yang baik dan bina teres atau permatang (bund) untuk mengurangkan hakisan.




18

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

Cara meningkatkan kecekapan Pembajaan ( smbg )

  • Membina takungan keladak (silt pit) untuk menyimpan tanah yang terhakis antara barisan pokok. Takungan keladak dapat mengurangkan kehilangan baja oleh hakisan.
  • Untuk tanah bukit dan curam, sediakan teres yang lebar atau lorong jentera yang sesuai.
  • Bagi tanah berpasir, guna baja pada kadar rendah dan tingkatkan kekerapan membaja.
  • Tidak membekalkan baja lebih dari yang diperlukan oleh pokok.
  • Elakkan membaja dalam musim hujan.




19

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

Kesimpulan

- Pengesyoran pembajaan adalah penentuan jumlah dan kadar baja yang diperlukan untuk setiap pokok bagi sesuatu kawasan ladang. Pengesyoran baja yang tepat dapat menentukan nutrien sentiasa berada pada tahap seimbang dan pokok dapat mengeluarkan hasil yang optimum.


PAUTAN:


KHIDMAT NASIHAT PENGURUSAN LADANG KELAPA SAWIT

http://www.fpssb.com.my

http://www.espek.com.my

http://www2.risda.gov.my

http://www.lpp.gov.my

http://www.sabah.gov.my

http://iopri.org
Pusat Penelitian Kelapa Sawit Indonesia


http://mpob.gov.my

http://pertanianmjg.perak.gov.my

http://kebunwarisan.blogspot.com

http://www.usahawantani.com

http://palmoilis.mpob.gov.my Oil Palm Journal

3 comments:

  1. Penggunaan baja asas membantu dari segi kesihatan pokok dan ia amat penting. Namun begitu, alternatif kepada baja asas juga perlu digunakan. Baja Ben Smart merupakan baja tambahan yang dapat membantu meningkakan berat buah kelapa sawit. Saya syorkan baja ini kerana ia telah terbukti melalui plot yang dibuat. Fokus baja ben smart (baja tambahan) adalah pada buah kelapa sawit. Tujuan apabila buah berat, perahan juga akan meningkat dan haisil juga meningkat

    sila layari fb: https://www.facebook.com/ben.smart.969952
    web: http://www.bajabensmart.com/
    Hubungi: 017-689 0007

    ReplyDelete
  2. nk tahu tentang ciri2 dan faktor penyediaan tapak semaian anak benih kelapa sawit...dalam pembelajaran COCU 8:TAPAK SEMAIAN...

    ReplyDelete